PERBEZAAN ANTARA GILA DAN BODOH

Pada suatu hari, seorang pemandu lori melakukan kerjanya seperti biasa iaitu membuat penghantaran ke Rumah Sakit Jiwa. Setelah kerjanya selesai dan mahu pulang, dia mendapati bahawa salah satu tayar lori itu telah kempis. Lalu dia pun jek lah lori itu dan mengambil tayar yang kempis tadi keluar. Ketika hampir selesai menggantikan tayar itu, dengan secara tidak sengaja dia telah menjatuhkan kesemua bolt ke dalam longkang. Dia mula panik apabila dia tak dapat mengambil kesemua bolt itu semula.

Kebetulan pula, seorang pesakit mental berjalan-jalan di situ dan bertanya "ape masalah ni encik?".
Pemandu lori itu pun merasakan bahawa dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi, maka dia pun menceritakan insiden yang berlaku tersebut kepada pesakit itu dari awal hingga akhir.
Kemudian, pesakit mental itu pun ketawa dan berkata " benda macam ni senang pun tak boleh buat......memang patut pun awak ni ditakdirkan menjadi pemandu lori aje...."


" Saya cadangkan kamu ambil satu bolt daripada ketiga-tiga tayar dan pasang pada tayar ini. Lepas tu awak pergi lah cari workshop yang berdekatan dan perbetulkanya semula yang tak cukup tu....mudah kan.."

Pemandu lori itu merasa amat kagum dan bertanya
"Kamu ini sangat bijak....tapi kenapa kamu tinggal kat Mental hospital ni?"

Pesakit itu menjawab "Hello, saya tingal kat sini sebab saya gila bukan BODOH!"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...