Lawak Antarabangsa

NAMAKU 

Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru
kelasnya..
Guru : "Kamu ni murid baru kan ?"
Murid : " Ya.. cikgu"
Guru : "Nama kamu siapa?"
Murid : "Man"
Guru : "Nama panjang kamu?"
Murid : " Mannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. cikgu"


DIET 


Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk
melakukan diet. Doktor berkata kepadanya..."Anda mesti memakan sedikit
roti panggang... sebiji buah-buahan dan segelas air kosong..."Lelaki
menjawab..."Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan
sebelum atau sesudah makan, Doktor?"


PERKAHWINAN KERABAT 


Khairul adalah murid darjah satu disebuah sekolah rendah....Dia
mempunyai seorang kawan perempuan di sekolahnya yang bernamaTengku
Nazira..Tengku Nazira seorang yang sangat cantik dan menawan...
walaupun masih kecil...Secara tidak disengajakan Khairul telah jatuh
cinta pada Tengku Nazirah...Lalu dia meluahkan perasaannya kepada
Tengku Nazirah..

"Naz... sebenarnya saya cinta padamu... tapi sayang
kita masih terlalu kecil...bolehkan bila kita sudah dewasa nanti..
kita berkahwin...?"Dengan wajah yang malu... Tengku Nazira
menjawab.."Khairul.. bukannya saya tak sudi... Tapi dalam keluarga
kami.. kami hanya berkahwin sesama kerabat sahaja..... Atuk
berkahwin dengan nenek... Bapak sedara berkahwin dengan emak
sedara.. dan bahkan papa berkahwin dengan mama.... sedangkan awak
bukan kerabat saya Khairul...."


TEKA AYAM 


Firdaus : "Apa yang engkau bawa tu?"
Ahmad : "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya? Kalu tekaanmu
tepat..kesemua dua ekor ayam yang aku bawa ini akan aku kasi pada mu!"
Firdaus : "Emmmm.. tiga kot..?"


PANADOL 


Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi...
kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan
kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...
Bidin : " Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?".
Wafdi : " Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia..".


KALAU KU PUNYA EMAIL 


Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft.Pegawai
disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan
caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan "Anda diterima
bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang
diperlukan."Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer
dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email ..
wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja..Wanita itu menerima
keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki USD 10. lalu dia
pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur...Lalu
dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2
jam saja...Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja
tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah
beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan
perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US...Suatu
hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan
keluarganya... dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya....
Setelah bersetuju... Penjual insuran berkata.."Minta email
Puan...""Oh..maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita
itu Penjual Insuran terkejut dan berkata"Aneh.. Puan mempunyai
perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email.
Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer
dan email."Waita itu menjawab:"Jadi tukang Sapu di Microsoft"


BUSH DAN POWELL 


Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang
lelaki masuk dan bertanya kepada bartender "Bukankah itu Bush dan
Powell?".Bartender menjawab "Iya, itu memang mereka."Lalu lelaki itu
mendekati mereka dan menyapa"Hello, apa yang sedang anda berdua
bincangkan?"Bush menjawab"Kami sedang merancang perang dunia ke-
3."Jawab lelaki"Perang dunia ke-3? apa yang akan terjadi?"Bush
menjawab"Kami akan membunuh 500 juta orang dan seorang penjual
Basikal" Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut "Penjual Basikal?"
Bush menoleh ke arah Powell dan berkata "Lihat, tidak ada yang
merisaukan 500 juta orang kan?" 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...