Kambing berenang

Ah lim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor mengesyorkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Ah lim.
Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang".
Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Ah lim mengingatkanAh lim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Ah lim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Ah lim ada di kolam renang. Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Ah lim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang dimana Ah lim berada. Namun apa yang dilihatnya dikolam renang?

Ah lim berada di dalam air melatih kambing berenang!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...